Hibah Takaful
Mahu mencari pakej income replacement/hibah yang sesuai?
Hibah Takaful
Melindungi & Membantu keluarga Anda
Setelah Musibah.
Dapatkan hibah sehingga RM 500,000 melalui pakej Hibah/Income Replacement PruBSN.
Apa Nasib keluarga anda?
Sekarang anda mampu menyara keluarga anda dan memberikan kehidupan yang baik. Tetapi, malang tidak berbau. Musibah boleh menimpa tanpa memberi amaran.
Jika terjadinya kematian atau anda mengalami musibah yang menyebabkan cacat kekal dan tidak mampu berkerja, seluruh kehidupan keluarga anda akan terganggu.
Keindahan yang dulunya ada, kini hilang dan kehidupan menjadi sulit.
Terkenang-kenang wajah orang yang anda sayang, adakah anda ingin ini terjadi kepada mereka?
Adakah kesusahan yang anda mahu tinggalkan dan wariskan untuk mereka?
KENAPA ANDA PERLU ADA
HIBAH TAKAFUL?
Hibah atau pakej income replacement adalah satu alat untuk melindungi anda dan keluarga anda dari kesusahan kewangan akibat musibah.
Sekiranya terjadi musibah seperti kematian atau hilang upaya kekal, sudah pastinya sumber kewangan keluarga anda tersekat.
Dengan pakej income replacement, nasib keluarga anda dilindungi sekiranya anda tiada lagi untuk melindungi mereka.
Melindungi Pendapatan & Keluarga
Hibah akan membantu melindungi pendapatan dan keluarga anda. Dengan hibah yang dapat setelah musibah menimpa anda, ia dapat membantu sedikit sebanyak kehidupan keluarga anda selepas anda tiada. Tambah pula, hibah tidak tertakluk pada proses pusaka yang memakan masa lama, maka keluarga anda masih mempunyai wang untuk hidup sementara proses tersebut berjalan.
Penyelesaian Hutang
Jangan tinggalkan waris anda dalam kesusahan akibat hutang dan pinjaman yang anda lakukan ketika hidup. Hibah boleh digunakan oleh waris anda untuk melangsaikan hutang yang anda ada.
Lindung Aset & Pelaburan
Hibah takaful adalah instrumen yang sangat bagus untuk melindungi aset anda sekiranya anda kematian atau cacat kekal. Hibah yang diterima boleh membantu melangsaikan bayaran instalment aset yang anda beli dan kemudian boleh diwariskan.
Keluarga tidak Melarat
Jika anda adalah sole breadwinner, tanpa ketiadaan anda, keluarga anda akan dilanda kesusahan. Jangan biarkan keluarga anda melarat dan meminta-minta setelah ketiadaan anda.
Hibah ini adalah tanda kecintaan dan kasih sayang anda
kepada keluarga anda.
Walaupun setelah kita tiada, mereka masih lagi boleh hidup selesa
dan menjalani hidup dengan baik.
Jangan biarkan KELUARGA yang kita sayang,
isteri yang kita cintai, anak-anak kita kasihi, dan ibu bapa kita
kesusahan dan melarat setelah ketiadaan kita.
Pakej Income Replacement Terbaik
Dapatkan dari Takaful Ikhlas
Ada banyak pakej hibah di pasaran, dan dah tentu banyak pilihan untuk anda. Tetapi kenapa anda perlu dan wajar menimbangkan untuk memilih PruBSN sebagai syarikat takaful anda?
Takaful Ikhlas bukan lah nama baru dalam industri takaful dan telah membantu ramai rakyat Malaysia ketika mereka dilanda musibah melalui takaful. Dengan kekuatan syarikat PruBSN, anda tidak perlu risau dengan keperluan hibah takaful anda.
Kenapa Hibah Takaful Takaful Ikhlas?
Pampasan Tinggi
Pakej hibah Takaful Ikhlas merangkumi serendah RM50,000 hingga pampasan setinggi RM 4 juta! Cukup untuk keluarga anda.
Tidak Perlu Medical Check Up
Di Takaful Ikhlas, untuk permohonan Hibah Takaful, anda tidak perlu menjalani check up. Lebih mudah dan pantas.
Perlindungan Menyeluruh
Pampasan 100% untuk kematian biasa dan Hilang Upaya Menyeluruh. Pampasan 200% untuk kematian ketika mengerjakan haji. Pampasan 300% jika kematian ketika menaiki pengangkutan awam dan pampasan 600% sekiranya kematian akibat bencana alam.
Rekod Pembayaran Yang Baik
Takaful Ikhlas mempunyai rekod pembayaran pampasan yang baik. Lebih RM3.19 billion tuntuan telah dibuat pada tahun 2021 sahaja.
Di Takaful Ikhlas, kita mempunyai
pakej HIBAH yang terbaik!
Kematian adalah sebahagian daripada kehidupan, kami memahami kerisauan anda tentang warisan yang akan anda tinggalkan, dan kami bersedia membantu anda untuk mencapai ketenangan fikiran.
Adakah mereka yang tersayang mampu meneruskan kehidupan tanpa perlu risaukan soal kewangan?
Perjalanan kehidupan setiap keluarga adalah unik dengan situasi yang berbeza.
Oleh itu, pelan ini direka khas demi mengatasi pelbagai kemungkinan dan menawarkan fleksibiliti yang tiada tandingan. Kini, anda boleh membina warisan yang anda impikan dengan mudah berdasarkan keperluan dan sesuai dengan semua peringkat kehidupan.
Kami memahami bahawa setiap individu adalah unik, jadi kami telahmereka satu pelan yang membolehkan anda untuk memilih manfaat-manfaat tambahan bersesuaian dengan keperluan anda yang juga boleh diubahsuai mengikut perubahan masa.
Apa Yang Ditawarkan Oleh
Takaful Ikhlas ?
Jom Bincang!
Anda mahu menilai hibah takaful yang mana yang sesuai dengan anda?
Anda tidak tahu keperluan hibah takaful anda?
Atau anda sudah ada hibah takaful tetapi tidak pasti adakah ia mencukupi?
Tidak apa! Jom kita berbincang!
Permohonan Hibah Takaful
Isikan maklumat yang diperlukan. Saya akan menghubungi anda untuk kita set appointment sama ada secara fizikal atau secara zoom untuk proses konsultasi.
Konsultasi adalah PERCUMA!!